Awal kehidupan Akbar Agung

Akbar dilahirkan di Umarkot, Sind, hasil perkahwinan antara Maharaja Mughal Humayun dan isteri pertamannya, iaitu Hamida Banu Begum pada 15 Oktober, 1542. Pada 1540, Humayun tinggal dalam buangan setelah mengalami kekalahan dalam beberapa pertempuran dengan pemimping Afghan Sher Shah. Akbar tidak pergi ke Parsi bersama dengan orang tuanya, tetapi sebaliknya dibesarkan seketika oleh bapa saudaranya Askari dan isterinya di kawasan yang susah, Afghanistan, tidak pula di Parsi yang penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Beliau menghabiskan masa remajanya dengan mempelajari cara untuk berburu, bertempur, tetapi tidak pernah belajar untuk membaca dan menulis. Bagaimanapun, Akbar membesar dan menjadi matang sebagai seorang pemimpin yang berfikiran luas, mempunyai minat yang mendalam terhadap kesenian, seni bina dan muzik, dan mempunyai visi yang luas yang sanggup bertoleransi dengan pelbagai pandangan.

Berikutan dengan kekacauan akibat dari perwarisan takhta Islam Shah daripada ayahnya, Sher Shah, Humayun menguasai semula Delhi pada 1555, dengan mengetuai pasukan tentera yang sebahagiannya disediakan oleh sekutu Parsinya, Shah Tahmasb. Hanya beberapa bulan selepas itu, Humayun meninggal dunia dalam satu insiden. Akbar menggantikan ayahnya pada 14 Februari, 1556, di tengah-tengah situasi dalam peperangan menentang Sikandar Shah untuk menebus hak sebagai pewaris takhta Mughal. Akhirnya, Akbar yang ketika itu berusia 13 tahun berjaya dan diistiharkan sebagai "Shahanshah" ("Raja Bagi Segala Raja" di dalam bahasa Parsi).

Pada 5 November 1556, 80km ke utara Delhi, seangkatan Tentera Mughal menewaskan sebuah tentera Hindu yang dipimpin Jeneral Hemu demi menyerahkan Akbar takhta India di Pertempuran Panipat Kedua.

Ketika Akbar manaiki takhta, hanya sebahagian kecil bekas jajahan Kerajaan Mughal masih dibawah takluknya, lalu baginda bernekad untuk mengembalikan kawasan-kawasan lama itu ke dalam kuasa Mughal. Baginda meluaskan Kerajaan Mughal dengan penaklukan Malwa (1562), Gujarat (1572), Benggala (1574), Kabul (1581), Kashmir (1586), dan Kandesh (1601), dan beberapa negeri yang lain. Untuk setiap negeri itu, baginda meletakkan seorang wizurai baru, yang mana baginda mengawal pentadbiran mereka.

Akbar tidak berhajat untuk membiarkan para menterinya terlalu berpusat di Delhi, lalu baginda memindahkan kementeriannya ke Fatehpur Sikri, berdekatan Agra, namun apabila langkah ini terbukti tidak mencapai matlamat, baginda menubuhkan "kerajaan bergerak" supaya dapat memerhatikan perkembangan di dalam negaranya. Baginda menggalakkan perdagangan dan telah membahagikan tanah-tanah untuk memudahkan urusan percukaian. Baginda turut menitahkan agar para pengutip cukai tidak mengambil cukai lebih daripada yang sepatutnya.

Rujukan

WikiPedia: Akbar Agung //scholar.google.com/scholar?q=%22Akbar+Agung%22 //www.google.com/search?&q=%22Akbar+Agung%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Akbar... //www.google.com/search?q=%22Akbar+Agung%22&tbm=nw... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Akbar+Agung... http://www.storyofpakistan.com/articletext.asp?art... http://www.worldofbiography.com/9001-Akbar/ http://www.wsu.edu:8080/~dee/MUGHAL/AKBAR.HTM http://www.gutenberg.org/etext/14134 http://www.i3pep.org/archives/2004/11/12/akbar/